recent
Terkini | تركيني

SEJARAH PEMBINAAN

Laman utama
SEJARAH PEMBINAAN MASJID MUHAMMAD AHMADI

Pada awalnya, Tuan Guru Haji Muhammad bin Lebai Ahmad Al-Kelantani ingin mendirikan Masjid Mukim Pintu Geng bersebelahan rumah beliau dan pusat pondok yang diasaskannya.  Namun pihak Majlis Ugama Islam tidak dapat memberi kebenaran dengan alasan jarak yang dekat Masjid Bunut Payung.  Lantas Masjid bagi Mukim Pintu Geng telah dipindahkan ke tempat yang ada sekarang (Tempat Solat Jumaat bagi penduduk Pintu geng setelah dipecahkan dari Mukim Kg. Kota) yang jarak jauhnyanya dari Masjid Bunut Payung menepati garis panduan pihak Majlis Ugama Islam.

Hj Muhammad bin Ahmad Al-Kelantani


Walaupun tidak kesampaian untuk masjid bagi Solat Jumaat di sini, namun tapak itu telah dibina sebuah Madrasah (Balaisah) khususnya untuk kegunaan pelajar pondoknya dan penduduk sekitar.  Madrasah itu telah dirombak setelah berlaku pembesaran jalanraya sekitar tahun 1965








Inilah Madrasah baru yang kemudiannya  diberi nama sebagai Madrasah Al Marhum Tuanguru
Haji Muhammad bin Ahmad Al Yatimiyyah







Pada pertengahan tahun 70an madrasah ini telah diubahsuai lagi oleh anak kepada Tuanguru Haji Muhammad iaitu Tuan Haji Abdul Rahman yang juga merupakan bilal bagi Masjid Mukim Pintu Geng ketika itu.

Gambar Madrasah yang telah diubahsuai sekitar
                                             pertengahan tahun 70an

Pada awal tahun 80an, Tuanguru Haji Daud (bekas Imam Masjid Mukim Pintu Geng) telah mengambil
daya usaha untuk penambahbaikan Madrasah ini dan telah dijadikan masjid kecil yang kemudiannya diberi nama sebagai Masjid Muhammad Ahmadi sampailah kehari ini 
Gambar terbaru Masjid Muhammad Ahmadi yang
                                            yang diambil pada 28 Syaaban 1433 Hijrah  

Sekian, sedikit catatan sejarah
google-playkhamsatmostaqltradent