recent
Terkini | تركيني

Khutbah Gerhana Bulan 08-10-2014

Laman utama
Rakaman gerhana bulan penuh pada tahun 2011.

Pada waktu Maghrib, Rabu 13 Zulhijjah 1435H bersamaan 8 Oktober 2014, kita telah dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.

Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.

Sempena berlakunya gerhana, kita disunatkan untuk mendirikan solat sunat gerhana yang mana hukumnya adalah sunat muakkad. Berikut adalah khutbah gerhana bulan di Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng, Kota Bharu.

google-playkhamsatmostaqltradent