recent
Terkini | تركيني

Jangan Ingkari Perintah Agama, Kelak Engkau Akan Diazab

Laman utama

Firman Allah SWT : 


كَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا كُلِّهَا فَأَخَذۡنَـٰهُمۡ أَخۡذَ عَزِیزࣲ مُّقۡتَدِرٍ 

"Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa." 

"They denied Our signs, all of them, so We seized them with a seizure of one Exalted in Might and Perfect in Ability." 

Surah Al-Qamar : 42


Pengenalan Surah Al-Qamar

Makna Surah : Bulan / The Moon
Kedudukan Dalam Al-Quran : 54
Juzu' : 27
Klasifikasi : Makiyyah
Jumlah Ayat : 55
Jumlah Kata : 342
Jumlah Huruf 1470

Tafsir Surah Al-Qamar Ayat 42 (54:42)

Allah SWT berfirman, menceritakan perihal Fir'aun dan kaumnya, bahawa sesungguhnya telah datang kepada mereka utusan Allah (iaitu Musa AS) dan saudara laki-lakinya (iaitu Harun) dengan membawa berita gembira jika mereka mau beriman, dan peringatan jika mereka kafir. Allah menguatkan keduanya dengan mukjizat-mukjizat yang besar dan berbagai macam bukti yang membenarkan kerasulan keduanya. Tetapi mereka semuanya mendustakannya, maka Allah menghukum mereka dengan hukuman dari Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Kuasa. Allah SWT membinasakan mereka sehingga tiada seorang pun dari mereka yang tersisa dan tiada pula jejak-jejak mereka.

(Tafsir Ibnu Katsir)

Huraian Surah Al-Qamar Ayat 42 (54:42)

Firaun dan pengikut-pengikutnya tidak mahu menerima dakwah Nabi Musa AS dan mukjizat-mukjizat yang ditunjukkan. Itulah maksud كُلِّهَا (semuanya) itu. Semuanya mereka tolak walaupun entah berapa banyak mukjizat yang telah ditunjukkan kepada mereka.

Dalam Al-Quran telah disebut sebanyak sembilan mukjizat ditolak oleh mereka. Selain dari mukjizat itu, ada lagi ayat-ayat dari Allah yang mereka tolak. Dalam A’raf:132 ada disebut:

وَقَالُوا مَهْمَا تَأْتِنَا بِهِ مِنْ آيَةٍ لِّتَسْحَرَنَا بِهَا فَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ

Dan mereka berkata: "Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu"

Mereka bukan sahaja menolak, tapi mereka tuduh pula apa yang Nabi Musa dan Nabi Harun bawakan itu adalah sihir. Dalam Taha:56 juga telah disebut bagaimana Firaun dan konco-konconya telah ditunjukkan dengan semua tanda, tapi mereka menolak kebenaran.

وَلَقَدْ أَرَيْنَاهُ آيَاتِنَا كُلَّهَا فَكَذَّبَ وَأَبَىٰ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun segala tanda-tanda yang membukti kekuasaan Kami; dalam pada itu ia mendustakannya dan enggan beriman

Digunakan perkataan كُلِّهَا kerana mereka tolak semua sekali dakwah dari Nabi Musa dan Nabi Harun. Memang bahaya kalau tolak wahyu. Kalau kita tolak satu sahaja ayat Allah, bermaksud dikira semuanya sekali ditolak. Ini adalah amat bahaya. Kita tidak boleh tolak walau satu pun ayat dalam Al-Qur’an. Bayangkan satu negeri dalam negara kita ini yang menolak tiga ayat Al-Qur’an berkenaan pembahagian harta.

Sepatutnya harta dibahagikan mengikut cara faraid, tetapi sebaliknya mereka menggunakan Adat Perpatih untuk membahagikan harta itu. Kalau satu ayat sahaja ditolak bermaksud seluruh Al-Qur’an itu ditolak, bagaimana pula kalau tiga ayat Al-Qur’an ditolak?

Bagaimana pula mereka yang menolak ayat-ayat hudud dari Allah? Bagaimana pula mereka yang menolak ayat-ayat tentang tawasul dan sebagainya?

فَأَخَذْنَٰهُمْ أَخْذَ عَزِيزٍ مُّقْتَدِرٍ

lalu Kami azab mereka dengan azab dari Yang Maha Perkasa lagi Maha Kuasa

Kerana menolak ayat-ayat dari Allah, maka mereka telah diazab oleh Allah semasa mereka di dunia lagi. Yang dimaksudkan adalah azab mereka dihempas dan dilemaskan dengan air laut semasa mereka mengejar Bani Israil untuk menyeberanginya.

Firaun amat berbangga dengan kekuatan dan kekuasaannya. Dalam Zukhruf:51 ada disebut bagaimana bangga dan sombongnya dia:

وَنَادَىٰ فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَٰذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِن تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?

Firaun sangka dia yang berkuasa dan gagah, tapi Allah beritahu Dialah sebenarnya yang mempunyai kuasa.




google-playkhamsatmostaqltradent