دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ . فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
Daripada Sa‘d bin Abi Waqqas (رضي الله عنه), beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
"Doa Nabi Yunus (ذو النون) ketika berdoa di dalam perut ikan adalah :
لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
(Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim).
Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa ini dalam sesuatu urusan melainkan Allah akan memperkenankan doanya."
— (Riwayat at-Tirmizi, No. 3505, dan disahihkan oleh al-Albani)