recent
Terkini | تركيني

Ibadah Puasa Menghapus Dosa

Laman utama

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa berpuasa kerana iman dan mengharapkan pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." - (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Demikian ini beberapa penjelasan kalimat dalam hadis di atas :
  1. "Kerana iman". Maksudnya, mengimani ganjaran yang terdapat pada ibadah itu.
  2. "Mengharapkan pahala". Maksudnya, ikhlas dalam melaksanakan ibadah puasa kerana mengharap keredhaan Allah SWT.
Hadis di atas memberikan faedah tentang ganjaran ibadah puasa yang dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah, iaitu akan menjadi sebab diampunkan dosa-dosa kecil yang berhubungan dengan hak Allah SWT.


Rujukan : (Dr. Mustafa Sa'id Al-Khin, Nuzhatul Muttaqina Syarhu Riyadus Solihin, Juz 2, 1407H/1987M M:868-869)
google-playkhamsatmostaqltradent