recent
Terkini | تركيني

Peringatan Tegas Kepada Semua Lelaki Muslim

Laman utama

Solat Jumaat bukan pilihan. Ia KEWAJIPAN yang diperintahkan Allah bagi setiap lelaki Muslim yang baligh, berakal dan bermukim. Tiada alasan untuk meninggalkannya tanpa keuzuran syarie.

Pihak berkuasa agama mengingatkan bahawa menurut Seksyen 104 Enakmen MAIK 4/1994, mana-mana lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat 3 kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah boleh dikenakan : 

  1. Denda sehingga RM1000
  2. Penjara sehingga 1 tahun
  3. Atau kedua-duanya sekali

Ini adalah undang-undang negeri dan ia akan dikuatkuasakan demi menjaga syiar Islam. Jangan ambil mudah. Jangan pandang ringan. 

Solat Jumaat adalah amanah antara seorang hamba dan Tuhannya dan kewajipan ini tidak boleh dibiarkan tanpa perhatian. 

Untuk aduan atau maklumat lanjut :

097419102 / 0139193878
(Unit Pencegahan, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, JAHEAIK)

google-playkhamsatmostaqltradent