recent
Terkini | تركيني

Puasa, Perisai Daripada Api Neraka

Laman utama

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seseorang hamba melakukan puasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh ribu musim." - (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Berikut ini adalah beberapa penjelasan kalimat dalam hadis di atas:
  1. "Tidaklah seorang hamba". Maksudnya, mukallaf yang merangkumi lelaki dan perempuan, orang merdeka dan hamba sahaya, kerana semuanya hamba Allah SWT.
  2. "Sejauh tujuh puluh ribu musim". Maksudnya, selama perjalanan sejauh 70 ribu musim.
Hadis di atas memberikan faedah tentang keutamaan ibadah puasa, meskipun hanya satu hari. Dan ibadah puasa itu sebagai perisai dari api neraka bagi orang yang melaksanakannya.


google-playkhamsatmostaqltradent