السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng, Kota Bharu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada ahli kariah dan masyarakat setempat.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Marilah kita terus istiqamah dalam ibadah dan menghayati erti sebenar kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Taqabbalallahu minna wa minkum, moga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.
Ikhlas daripada,
Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng,
Kota Bharu, Kelantan.