recent
Terkini | تركيني

Doa Rasulullah SAW Yang Boleh Kita Amalkan

Laman utama

Doa Rasulullah yang boleh kita amalkan. Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata: Nabi SAW dalam doa baginda mengucapkan :

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي لِسَانِي نُورًا وَاجْعَلْ فِي سَمْعِي نُورًا وَاجْعَلْ فِي بَصَرِي نُورًا وَاجْعَلْ مِنْ خَلْفِي نُورًا وَمِنْ أَمَامِي نُورًا وَاجْعَلْ مِنْ فَوْقِي نُورًا وَمِنْ تَحْتِي نُورًا اللَّهُمَّ أَعْطِنِي نُورًا 

"Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya dan di dalam lisanku (juga) cahaya. Jadikanlah di dalam pendengaranku cahaya dan di dalam penglihatanku (juga) cahaya. Jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku (juga) cahaya. Jadikanlan dari atasku cahaya dan dari bawahku (juga) cahaya. Ya Allah, berilah aku cahaya"

(Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam doa tersebut jelas sekali bahawa yang pertama disebut adalah hati. Hati yang bercahaya yang letaknya berada di bahagian pusat tubuh manusia adalah hati yang bersinar dan memberi efek terang pada seluruh tubuh.

Rasulullah SAW juga menyebutkan lisan, pendengaran, penglihatan, belakang, depan, atas dan bawah agar semuanya bercahaya. Intinya, menjadi manusia yang benar-benar bercahaya. Manusia yang hatinya bercahaya akan merasakan luas dan lapang di dalam dadanya.

Rasulullah bersabda, 

"Ketika cahaya telah masuk di dalam hati maka (hati itu) akan menjadi luas dan lapang." Para sahabat bertanya, "Apa tandanya, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kembali ke negeri keabadian (akhirat), menjauh dari negeri ketertipuan (dunia) dan bersiap-siap menjemput kematian sebelum datang kematian itu"

(HR At Tirmidzi)

Menjadi manusia bercahaya memang tidak mudah. Selain harus membersihkan hati dari segala kotorannya, setiap pancaindera juga harus digunakan dengan cara yang baik. iaitu, dengan menghiasi tubuh dengan segala bentuk tutur kata dan perilaku yang baik.



google-playkhamsatmostaqltradent